Thursday, 10 December 2015

Sains Pemikiran dan Etika


       Buku Sains Pemikiran & Etika yang digubal oleh Dr Mohd Zailani bin Mohd Yusoff dan Dr Rosnaaini binti Hamid menceritakan mengenai disiplin ilmu yang kompleks dan ianya bertautan di antara satu dengan yang lain. Ianya berperanan dalam mencorakkan kehidupan manusia sebagai khalifah dan ketamadunan manusia. 

       Falsafah, Pemikiran dan Etika berperanan sebagai pemangkin awal kepada pembangunan tamadun kehidupan manusia yang cemerlang. Ketiga-tiga disiplin ilmu ini menggariskan pengertian dan maksud tersendiri bersesuaian dengan peranan dan sumbangan masing-masing ke arah memartabatkan kehidupan manusia sebagai makhluk terpilih dan khalifah di muka bumi. 

       Falsafah merupakan suatu teori tentang kehidupan yang kompleks atau perbincangan keilmuan yang hanya dapat dikupas dan diolah dengan tepat oleh mereka berkemampuan dan berdaya pemikiran yang tinggi. 

       Berfikir merupakan sentuhan imaginasi di sebalik perasaan dan aplikasi akal untuk melakukan analisis dan sintesis sejajar dengan tuntutan wahyu. 

       Etika dapat difahami sebagai satu ilmu yang berusaha memahami sistem moral atau tindak-tanduk manusia dalam menjalani kehidupan melalui fahaman falsafah. 

       Buku "Dinamika Sains Pemikiran & Etika" secara prinsipnya akan mendedahkan bagaimana gabungan falsafah, pemikiran dan etika dapat mensurvivalkan kehidupan manusia secara bertamadun. 

       Dalam bab 9 buku ini iaitu 'Kaedah Penyelesaian Masalah' menceritakan tentang keseluruhan mengenai masalah bermula daripada sifat penyelesaian masalah, kategori masalah, sehingga ke penyelesaian masalah.  

       Di dalam menyelesaikan masalah kita dapati ada orang yang dapat mencari penyelesaian kepada satu masalah lebih cepat daripada orang lain. Kajian menunjukkan ada ciri-ciri tertentu yang membezakan kemampuan seseorang di dalam penyelesaian masalah. Sekurang-kurangnya ada empat ciri penting di dalam individu yang menjadikannya seorang penyelesaian masalah yang berkesan. 

       Kategori masalah pula adalah amat penting untuk mengklasifikasikan masalah mengikut kategori yang tertentu kerana setiap jenis masalah memerlukan penyelesaian tersendiri. Terdapat enam jenis masalah iaitu misteri, tugasan, kesukaran, keempat peluang, puzzles dan dilema. 

       Penyelesaian masalah pula terbahagi kepada penyelesaian masalah secara saintifik dan logik, saintifik, kreatif/lateral, perasaan, secara Islam serta pendekatan sufi.